"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Tuesday, December 15, 2009

Magnetic Resonance Imaging di Hospital Serdang

Catatan Ibu Irfan.


14 Disember 2009 - Isnin.


Jam 7.00 pagi, Irfan dah mula lapar dah. Ibu asyik dok kena dukung Irfan.. ntah la, rasa lapar sesangat sbb tak makan pape dari jam 3.00 pagi kan.. hmm...


Doktor kata ambulan akan datang jam 7.30 pagi.. Ibu dah sesiap seawal jam 7.00 pagi lagi.. tapi jam 9.30 baru ambulan sampai.. aduih laa... rasa macam nak meraung sekuat hati je sbb menahan lapar.



Kami pun bertolak pergi. Ibu & Irfan diiringi seorang Doktor dan seorang Nurse naik ambulan ke Hospital Serdang. Jam 10.05 pagi kami sampai di hospital tu. Kena tunggu turn lagi, sampailah turn jam 11.25 pakar MRI tu suh get ready. Sementara tu Doktor paksa Irfan telan ubat tidur dulu.



Dalam lebih kurang 15 minit, Irfan pun tertidur dengan nyenyaknye (Ibu kate...). Maka dengan itu, Irfan pun diiringi masuk ke dalam mesin yg ada mcm terowong tu. Diikat tangan, diselimut kain.

Gambar Ihsan Pakcik Google



Irfan tak sedar apa apa masa tu... tapi yang pastinya setelah lebih kurang setengah jam berlalu (jam 12.00 tgh), Irfan dikejutkan dan diberi minum susu oleh Ibu. Yeayyy..~ Alhamdulillah, Irfan dah berjaya melepasi ujian MRI tu. Sekiranya gagal (ujian MRI tu akan gagal sekiranya Irfan terjaga, bergerak-gerak), kena buat appointment lain le.



Irfan ada dengar Ibu tanye pakar tersebut. Dia kata, InsyaAllah, anak puan takde pape kalau pembesarannya normal macam kanak-kanak lain. Pakar tu ada tanye Ibu juga, sama ada Irfan pernah kena sawan atau tidak. "Alhamdulillah, anak saya tak pernah kena sawan", Ibu jawab.



"Tapi kita kena tunggu keputusan lengkap keluar. Yea Puan", Pakar tu inform Ibu. Katanya lagi, kemungkinan Ibu akan dimaklumkan semasa Appointment dengan Paedriatik Hospital Kajang pada 12/2/2010 nanti. Masa tu Irfan dah setahun.. :-)




Alhamdulillah semua dah selesai, kami pun bertolak balik ke Hospital Kajang. Sampai di sana jam 1 lebih. Ibu bagi Irfan susu, bersihkan badan Irfan dan Irfan pun terlelap kekenyangan.



Nak jadi cerita, Irfan di benarkan discharge pada jam 10.00 malam. Malas nak cerita kenapa lambat sgt di benarkan discharge.. biasalah.. protokol hospital.(Ibu kate...);-/



Sampai dirumah, Nenek ngan Atuk dah tunggu dah. Nenek peluk cium Irfan hihihi... Cik Ani pun Ibu dah inform.



Alhamdulillah. Terima kasih Cik Ana ngan Wak Latif sbb sudi tolong jemput Irfan ngan Ibu dari Hospital.



Ibu kate tak dapat ambil gambar waktu ujian MRI tu dijalankan.. Doktor tak benarkan. Tak pe la Ibu, asalkan semua dah selesai. Tunggu report je...

No comments:

Post a Comment