"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Tuesday, December 15, 2009

Irfan di Wad 7B, Hospital Kajang

Catatan Ibu Irfan. 


13 Disember 2009 - Ahad. Lokasi : Wad 7B, Hospital Kajang.
Hari ni Irfan admit Wad...


Cik Ani, Cik Ida, Kak Long bersama-sama Ibu Irfan & Irfan ke Hospital Kajang selepas singgah sekejap ke kenduri berkhatan Abg Aiman di rumah Cik Ana. Sampai di hospital kira-kira jam 2.15 petang. 


Lepas daftar masuk wad, Cik Ani, Cik Ida dan Kak Long balik semula ke Bangi, rumah Cik Ana. Tinggallah Irfan dan Ibu. Sesak jugak wad tu masa Irfan masuk. Tapi Irfan tak ingat apa dah kecuali susu dan tito.. :-P

  
Nyenyak Irfan tido..
 
Ibu kemas-kemaskan beg dan barang-barang yang dibawa. Irfan tito nyenyak walaupun takde aircond. Kipas tu laju giler.. pening pale Irfan sbb duk betul betul bawah kipas. hihihi~

Waktu siang ni takde ape yg doktor buat kecuali ambil suhu badan & tekanan darah Irfan. Time makan malam pukul 6.30 petang, Ibu suapkan Irfan bubur nasi+carrot+ayam, nyammm nyammm Irfan makan banyak.. sedap..~

Malamnye, doktor datang round katil ke katil. Doktor pesan kat Ibu yang Irfan kena dipuasakan start dari 3.00 pagi sampai selesai MRI di Hospital Serdang. DAN Irfan kena dicucuk jarum untuk masukkan air malam tu.


 

Irfan tito nyenyak lepas nangis kuat sebab menahan sakit dicucuk jarum kat kaki kiri.


Ibu disuruh tunggu kat luar bilik rawatan kat wad tu sebab Doktor nak buh jarum kat Irfan. Allah saja yang tahu betapa sakitnya waktu Doktor nak mencari tempat nak dicucuk jarum. Lepas kat tgn kanan, dicuba kat tgn kiri, kemudian tak dapat carik.. dicubanya kat kaki kanan, tak dapat jugakk.. kemudian baru dapat kat kaki kiri. Mak Aih, Irfan tak fikir ape dah kecuali menangis sekuat hati ni... isk isk mesti Ibu pun nangis dengar Irfan teriak tu..


Alhamdulillah, Irfan ok je, cuma muntah sikit.. Doktor suruh Ibu masuk untuk ambil Irfan, Irfan tengok mata Ibu merah.


Lupa pulak nak cerita, Abah takde sbb balik kg Dungun, Tok sakit, tak sedarkan diri.. Abah gi ngan Cik Zana ngn Cik Jue malam 12hb Disember tu (hari Sabtu). Dorang jemput Abah kat rumah. Irfan ada terdengar Abah kata kat Ibu, jaga Irfan baik-baik. sedih je... :-(
Kat sini Irfan sertakan sekali gambar-gambar masa kat Wad 7B tu. tak banyak pun...
Kaki Irfan berbalut...

Jam 1.30 pagi, last Irfan dapat minum susu sebab lepas jam 3.00 pagi dah kena berpuasa.
Thanks to Cik Ani, Cik Ida, Kak Long sebab tolong hantarkan Irfan ngan Ibu ke Hospital Kajang. Terharu Ibu tau...

No comments:

Post a Comment