"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Monday, December 28, 2009

Cuti Krismas + demam lagi

Cuti Krismas Irfan balik Dungun. Lebih kurang pukul 1 tengahari kami sampai di Dungun. Hari ni hari Jumaat. Petang nya Ibu&Abah bawak Irfan melawat Tok.


Jenguk Tok kat Wad Hospital Dungun. Sian Tok. Tok kena kencing manis.. jari-jari kaki Tok hampir-hampir nak kena potong, tapi Tok tak nak. Tok tengah usaha guna ubat lain. Tak taulah ubat apa.. tapi Tok kata dah beransur pulih, luka pun dah mula nak kering. Irfan jenguk Tok kejap je sebab baby tak boleh di bawa masuk sekali time melawat tu sebenarnye. So, Ibu dukung Irfan, jenguk Tok dari luar tingkap je.



Time ni Irfan dah mula rasa tak sedap badan. Dalam pukul 6 petang kami balik. Ibu singgah klinik beli ubat demam + ubat cucuk punggung sebab badan Irfan dah panas sikit-sikit.



Malam... huuuu Irfan demam!~... Tidur pun tak tentu... panas je kepala Irfan. Ibu tuam dgn kain.. basah-basahkan badan + kepala Irfan. Irfan nangisssss... Ibu bagi ubat demam + ubat cucuk punggung barulah Irfan boleh tidur.



Tapi... entah pukul berapa Irfan terjaga sebab kepala Irfan panas semula. Ibu kata demam Irfan datang kejap kejap.

Sian Abah & Ibu tak boleh tidur nyenyak.



Kalau nak tahu, Irfan kejap kejap demam sehinggalah dah balik ke Bangi. Ibu bawak jumpa Doktor & Ibu cuti hari ni jaga Irfan.

Alhamdulillah, Irfan dah semakin sihat.

Irfan perasan yang gigi Irfan dah mula tumbuh sebatang kat atas dan bawah... hihihi...



Tuesday, December 15, 2009

Magnetic Resonance Imaging di Hospital Serdang

Catatan Ibu Irfan.


14 Disember 2009 - Isnin.


Jam 7.00 pagi, Irfan dah mula lapar dah. Ibu asyik dok kena dukung Irfan.. ntah la, rasa lapar sesangat sbb tak makan pape dari jam 3.00 pagi kan.. hmm...


Doktor kata ambulan akan datang jam 7.30 pagi.. Ibu dah sesiap seawal jam 7.00 pagi lagi.. tapi jam 9.30 baru ambulan sampai.. aduih laa... rasa macam nak meraung sekuat hati je sbb menahan lapar.



Kami pun bertolak pergi. Ibu & Irfan diiringi seorang Doktor dan seorang Nurse naik ambulan ke Hospital Serdang. Jam 10.05 pagi kami sampai di hospital tu. Kena tunggu turn lagi, sampailah turn jam 11.25 pakar MRI tu suh get ready. Sementara tu Doktor paksa Irfan telan ubat tidur dulu.



Dalam lebih kurang 15 minit, Irfan pun tertidur dengan nyenyaknye (Ibu kate...). Maka dengan itu, Irfan pun diiringi masuk ke dalam mesin yg ada mcm terowong tu. Diikat tangan, diselimut kain.

Gambar Ihsan Pakcik Google



Irfan tak sedar apa apa masa tu... tapi yang pastinya setelah lebih kurang setengah jam berlalu (jam 12.00 tgh), Irfan dikejutkan dan diberi minum susu oleh Ibu. Yeayyy..~ Alhamdulillah, Irfan dah berjaya melepasi ujian MRI tu. Sekiranya gagal (ujian MRI tu akan gagal sekiranya Irfan terjaga, bergerak-gerak), kena buat appointment lain le.



Irfan ada dengar Ibu tanye pakar tersebut. Dia kata, InsyaAllah, anak puan takde pape kalau pembesarannya normal macam kanak-kanak lain. Pakar tu ada tanye Ibu juga, sama ada Irfan pernah kena sawan atau tidak. "Alhamdulillah, anak saya tak pernah kena sawan", Ibu jawab.



"Tapi kita kena tunggu keputusan lengkap keluar. Yea Puan", Pakar tu inform Ibu. Katanya lagi, kemungkinan Ibu akan dimaklumkan semasa Appointment dengan Paedriatik Hospital Kajang pada 12/2/2010 nanti. Masa tu Irfan dah setahun.. :-)




Alhamdulillah semua dah selesai, kami pun bertolak balik ke Hospital Kajang. Sampai di sana jam 1 lebih. Ibu bagi Irfan susu, bersihkan badan Irfan dan Irfan pun terlelap kekenyangan.



Nak jadi cerita, Irfan di benarkan discharge pada jam 10.00 malam. Malas nak cerita kenapa lambat sgt di benarkan discharge.. biasalah.. protokol hospital.(Ibu kate...);-/



Sampai dirumah, Nenek ngan Atuk dah tunggu dah. Nenek peluk cium Irfan hihihi... Cik Ani pun Ibu dah inform.



Alhamdulillah. Terima kasih Cik Ana ngan Wak Latif sbb sudi tolong jemput Irfan ngan Ibu dari Hospital.



Ibu kate tak dapat ambil gambar waktu ujian MRI tu dijalankan.. Doktor tak benarkan. Tak pe la Ibu, asalkan semua dah selesai. Tunggu report je...

Irfan di Wad 7B, Hospital Kajang

Catatan Ibu Irfan. 


13 Disember 2009 - Ahad. Lokasi : Wad 7B, Hospital Kajang.
Hari ni Irfan admit Wad...


Cik Ani, Cik Ida, Kak Long bersama-sama Ibu Irfan & Irfan ke Hospital Kajang selepas singgah sekejap ke kenduri berkhatan Abg Aiman di rumah Cik Ana. Sampai di hospital kira-kira jam 2.15 petang. 


Lepas daftar masuk wad, Cik Ani, Cik Ida dan Kak Long balik semula ke Bangi, rumah Cik Ana. Tinggallah Irfan dan Ibu. Sesak jugak wad tu masa Irfan masuk. Tapi Irfan tak ingat apa dah kecuali susu dan tito.. :-P

  
Nyenyak Irfan tido..
 
Ibu kemas-kemaskan beg dan barang-barang yang dibawa. Irfan tito nyenyak walaupun takde aircond. Kipas tu laju giler.. pening pale Irfan sbb duk betul betul bawah kipas. hihihi~

Waktu siang ni takde ape yg doktor buat kecuali ambil suhu badan & tekanan darah Irfan. Time makan malam pukul 6.30 petang, Ibu suapkan Irfan bubur nasi+carrot+ayam, nyammm nyammm Irfan makan banyak.. sedap..~

Malamnye, doktor datang round katil ke katil. Doktor pesan kat Ibu yang Irfan kena dipuasakan start dari 3.00 pagi sampai selesai MRI di Hospital Serdang. DAN Irfan kena dicucuk jarum untuk masukkan air malam tu.


 

Irfan tito nyenyak lepas nangis kuat sebab menahan sakit dicucuk jarum kat kaki kiri.


Ibu disuruh tunggu kat luar bilik rawatan kat wad tu sebab Doktor nak buh jarum kat Irfan. Allah saja yang tahu betapa sakitnya waktu Doktor nak mencari tempat nak dicucuk jarum. Lepas kat tgn kanan, dicuba kat tgn kiri, kemudian tak dapat carik.. dicubanya kat kaki kanan, tak dapat jugakk.. kemudian baru dapat kat kaki kiri. Mak Aih, Irfan tak fikir ape dah kecuali menangis sekuat hati ni... isk isk mesti Ibu pun nangis dengar Irfan teriak tu..


Alhamdulillah, Irfan ok je, cuma muntah sikit.. Doktor suruh Ibu masuk untuk ambil Irfan, Irfan tengok mata Ibu merah.


Lupa pulak nak cerita, Abah takde sbb balik kg Dungun, Tok sakit, tak sedarkan diri.. Abah gi ngan Cik Zana ngn Cik Jue malam 12hb Disember tu (hari Sabtu). Dorang jemput Abah kat rumah. Irfan ada terdengar Abah kata kat Ibu, jaga Irfan baik-baik. sedih je... :-(
Kat sini Irfan sertakan sekali gambar-gambar masa kat Wad 7B tu. tak banyak pun...
Kaki Irfan berbalut...

Jam 1.30 pagi, last Irfan dapat minum susu sebab lepas jam 3.00 pagi dah kena berpuasa.
Thanks to Cik Ani, Cik Ida, Kak Long sebab tolong hantarkan Irfan ngan Ibu ke Hospital Kajang. Terharu Ibu tau...

Abah melawat Tok di Dungun, Terengganu


Lebih kurang jam 10.30 malam, 12hb Disember, Abah dan Cik Zana ngn Cik Jue bertolak ke Dungun menaiki Viva dipandu oleh Cik Zana. Terkejut juga Abah bila dapat sms mengatakan Tok pengsan, tak sedarkan diri dari petang. Skarang berada di rumah Cik Dah, kakak ipar Abah yang duk berdekatan ngan rumah Tok.



Irfan dapat tengok riak wajah Abah, risau + sedih + bimbang.



Irfan tumpang sedih juga...

Tuesday, December 8, 2009

Gambar-gambar (1)


Gambar-gambar sekitar perhimpunan halal itu... jeng jeng jeng...


Rumah Atuk Ajam waktu malam.


Irfan dgn Cik Ida, Ibu, Kak Long, Kak Mija & Cik Jue

beramai-ramai....Irfan dengan Ibu waktu senaman pagi

Monday, December 7, 2009

Perhimpunan Bani Hashim

Seronok... ramai yg dukung Irfan esp. auntie-auntie, nenek-nenek yg kiut dan comel...
Irfan banyak tido je time perjumpaan ni...
gegege...

Thursday, December 3, 2009

Demam Urat

Pagi tadi masa Ibu hantar Irfan kat umah Cik Sue, Irfan terdengar Cik Sue cerita... yg Irfan mungkin kena demam urat. Cik Sue kata kena bawak gi urut.. kat kg Cik Sue ada sorang je yg boleh urut.. hmm...

Mesti Ibu tengah pening fikir pasal demam urat.. ishk bunyik macam demam ngurat jekk.. gegegege

Tuesday, December 1, 2009

MRI

MRI brain scan tu Ibu cakap kena tunda plak ke 13 dan 14 Dis. Irfan baru baik demam nih.. Alhamdulillah, tapi Irfan batuk+kahak lagi.

Monday, November 23, 2009

Ipan nak kena masuk wad nanti...

Ipan baru balik dari Hospital Kajang ada appointment dgn Paedriatik.
Doc. bagi Ipan sedut gas (tatau la ape nama ubat yg Ipan sedut tu) sebab Ipan batuk + kahak..

Nanti Ipan kena admit ward Hospital Kajang, 7hb. Dis. ni..
8hb. plak dorang antar ke Hospital Serdang untuk buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) Brain Scan..
Ibu pun ikut skali..

Doakan Ipan takde masalah pa pe yea sumer.. Amin..

Nanti Ipan update keputusan MRI tu

Sunday, November 22, 2009

Birthday Abah : 22 Nov. 2009.

Petang tadi Ibu ngan Abah bawak Ipan gi Secret Recipe, Bandar Baru Bangi.
Birthday Abah harini tau..
dapatla Ipan rasa NY Cheese Cake Ibu suapkan.. gegege.. sedapp

untuk Abah Ipan, Selamat Hari Jadi, Semoga panjang umur & murah rezeki.. keje rerajin yea Abah..

Thursday, November 19, 2009

Almari baju

Ipan ada dengar Ibu ngan Abah ada cakap nak belikan almari untuk Ipan. tapi time Ibu Abah ada duit lebih le..


skarang ni guna bakul je.. kaler biru. Baju-baju Ipan dah melimpah limpah keluar dah nihh..


Abah, Ipan nak lemari macam ni pun ok...

Family Day Bani Hashim

Ipan dengar-dengar Ibu gi meeting kat Umah Nenek Miah kat Bayu Emas aritu, dorang nak buat family gathering mcm family day gak la...

Ipan rasa dorang nak buat pd 5 Disember 2009, Ipan ikut ajee...

Ibu cuti jaga Ipan

Semalam Ibu bawak Ipan gi appointment KK BBB. Kalau nak tau, berat badan Ipan dah naik 7.64 kilo tau.

Cik Su tak jaga Ipan semalam sbb nak bawak mak Cik Su gi airport, gi haji kate Ibu. So, Ibu amik cuti jaga Ipan semalam. Abah ada tapi Abah nak cover tito sbb keje malam. he he

Ntah nape tetibe Ipan rasa mcm demam je semalam. Ibu kate kepala Ipan panas. Ibu tak bawak gi klinik sebab ubat demam masih ada lagi. Ibu bagi ubat demam + ubat batuk sbb Ipan pun batuk jugak. Sejuk btol kat klinik semalam...

Ibu kate next appointment kat Klinik BBB time birthday Ipan yg ke setahun nanti, 11/2/2010. Ipan dapat rasa Ibu tengah pikir nak belikan ape untuk hadiah Ipan nanti... kekekeke...

Hari ni Ipan rasa macam dah ok sket kepala ni.. panas pun dah kurang.. Alhamdulillah.
Jangan risau sangat yek Ibu...

Wednesday, November 18, 2009

Muntah & Cirit birit

Hampir 3 minggu Ipan muntah + cirit birit. (seminggu lepas Ibu amik Ipan dari kg)
Ibu bawak gi klinik, berjenis jenis ubat Ibu bagi Ipan.
Alhamdulillah, Ipan dah sihat semula. Ibu kate, badan Ipan susut masa Ipan tak sihat aritu. hehe

Saturday, October 24, 2009

Ibu gi Kursus Kenegaraan

Ipan skarang kat kampung. Ibu antar untuk dijaga oleh Nenek ngan Cik Ida sebab Ibu kena gi Kursus Kenegaraan kat KBN Kuarters KLIA, Nilai.

Ipan tinggal ngan Nenek buat seketika sementara Ibu gi kursus tu dari 22 Okt. - 26 Okt. 2009. Mungkin 31 Okt. ni Ibu balik kampung amik Ipan..

Ibu call kampung tetiap ari.. ade la dalam 5-6 kali sehari.. hehe Ibu rindu Ipan la tu. Ipan pun rindu kat Ibu jugak sampai demam-demam :-( .. tapi Ipan dah baik dah.. Cik Ida ngan Nenek bawak Ipan gi Kinik aritu..

Wednesday, October 14, 2009

Waktu saya dilahirkan...


Ibu kate, waktu saya dilahirkan...

- Ibu tak sakit-sakit nak bersalin pun.. masa tu (11 hb Feb. lah) Ibu gi checkup kat Hospital Kajang, 34 minggu (kandungan Ibu berumur 8 bln 2 minggu). Ibu gi sorang je.. bawak kete.


- Doktor kate saya kat dalam perut Ibu tak membesar sbb saluran makanan tu tersumbat.. so saya perlu dikeluarkan untuk membesar di luar...


- sebab tu lah saya kat dalam inkubator ni... dalam ni rasa panas skit.. masa tu kat NICU, saya duk kat situ lepas Ibu bersalinkan saya. Tapi Ibu duk kat wad bersalin.


Sunday, September 20, 2009

Raya 2009


SELAMAT ARI RAYEE~...

Bersama Abah dan Ibu... di kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka.

Ipan duduk kat atas pangku Atuk. Bersama-sama seisi keluarga lepas makan pagi raya pertama aritu.

Dari belakang, start dari kiri, Along, Abah saya, Abg Iyol, Wak Latip, Cik Ana, Ibu saya, Cik Ida, Cik Ani, Cik Jai, Atuk pangku saya, Nenek pangku Kak Pu3.

Kat depan sekali, Kak Long, Abg Aiman & Kak Mija kiutt~ :-)

yg takde dalam pic kat atas ialah Cik Alan, Cik Yah (isteri) ngan Kak Yaya. Mereka raye kat Kota Bharu, Kelantan. tahun ni katenye tak dapat beraya kat Melaka..


Ipan ngan Abah :-)

Ibu dukung Ipan..

Raya 2009 i



Masa ni Ibu tengah sesiapkan Ipan kat atas katil. Sian Ipan tak dapat raya pakai baju Melayu. Ibu kate Ibu tak dapat carik baju Melayu yg sama saiz ngan Ipan. Tapi takpe.. raya next year InsyaAllah, Ipan raye ngan baju Melayu ..yiihaaa!

Ipan ngan Kak Long...

Tuesday, August 25, 2009

who me

/me Muhammad Zawin IrfanulHayat bin Zawawi :-)
lahir pada tanggal 11 Februari 2009, di Hospital Kajang.
waktu Ibu create blog ni untuk saya, saya berumur 6 bulan.