Cuti Krismas Irfan balik Dungun. Lebih kurang pukul 1 tengahari kami sampai di Dungun. Hari ni hari Jumaat. Petang nya Ibu&Abah bawak Irfan melawat Tok.
Jenguk Tok kat Wad Hospital Dungun. Sian Tok. Tok kena kencing manis.. jari-jari kaki Tok hampir-hampir nak kena potong, tapi Tok tak nak. Tok tengah usaha guna ubat lain. Tak taulah ubat apa.. tapi Tok kata dah beransur pulih, luka pun dah mula nak kering. Irfan jenguk Tok kejap je sebab baby tak boleh di bawa masuk sekali time melawat tu sebenarnye. So, Ibu dukung Irfan, jenguk Tok dari luar tingkap je.
Time ni Irfan dah mula rasa tak sedap badan. Dalam pukul 6 petang kami balik. Ibu singgah klinik beli ubat demam + ubat cucuk punggung sebab badan Irfan dah panas sikit-sikit.
Malam... huuuu Irfan demam!~... Tidur pun tak tentu... panas je kepala Irfan. Ibu tuam dgn kain.. basah-basahkan badan + kepala Irfan. Irfan nangisssss... Ibu bagi ubat demam + ubat cucuk punggung barulah Irfan boleh tidur.
Tapi... entah pukul berapa Irfan terjaga sebab kepala Irfan panas semula. Ibu kata demam Irfan datang kejap kejap.
Sian Abah & Ibu tak boleh tidur nyenyak.
Kalau nak tahu, Irfan kejap kejap demam sehinggalah dah balik ke Bangi. Ibu bawak jumpa Doktor & Ibu cuti hari ni jaga Irfan.
Alhamdulillah, Irfan dah semakin sihat.
Irfan perasan yang gigi Irfan dah mula tumbuh sebatang kat atas dan bawah... hihihi...
Monday, December 28, 2009
Cuti Krismas + demam lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment