"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Wednesday, December 21, 2011

Friday, September 16, 2011

Kembali

Assalamualaikum... :) lama betul Irfan menyepi.. bukan apa, cuma takde masa nak bersama blog, sibuk main, meng'explore' benda baru (Irfan skarang berumur 2 tahun 7 bulan), dah pandai cakap dan mengacau orang.. ehehehe.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Irfan nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam yang meraikannya. Dan, yang paling Irfan gembira sangat sangat ialah baru-baru ni, kalau tak silap pada 10 Ogos 2011 (semasa umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa, hari ke 10) Ibu telah selamat melahirkan seorang bayi yang comel dan seorang adik lelaki untuk Irfan. Lepas ni, sibuk lagi la Irfan nak main-main dengan adik pulak. Yeayyy!!!~

Tapi, yang pastinya nama adik nak dekat-dekat sama dengan Irfan.. (maklumlah adik beradik.. hehehe). Nama adik, Muhammad Zawin IhsanulHayat. Ibu panggil "Ihsan", Irfan panggil "Ishan". :)

Monday, March 15, 2010

Salam Takziah buat Cik Aiz sekeluarga

Abang Ikram Ithar dalam kenangan...


Irfan sedih dengan berita yang Irfan dengar dari Ibu... tak sempat Irfan kenal dan main bersama namun Abang Ikram Ithar terlebih dahulu dijemput menemui Yang Maha Pencipta. Ibu kata Allah lebih menyayanginya..


Ibu Irfan ada tulis ni :

Anakanda Ikram Ithar


27 Oktober 2008 – 13 Mac 2010
Kira-kira 1 tahun 4 bulan
Beza beberapa bulan
Dengan Zawin Irfan yang baru 1 tahun 1 bulan


Anak seusiamu
Rancak bermain, rancak belajar
Namun, Allah lebih menyayangimu
Dijemput kamu terlebih dahulu

Anak yang comel
Ranjau hidupmu buat keluargamu tabah
Kuat menghadapinya
Ketabahan itu menguatkan lagi semangat
Untuk berusaha sedaya mereka
Namun,
mereka cuma ada masa yang itu sahaja
kira-kira 1 tahun 4 bulan… masa yang dipinjamkan…
Anakanda Ikram Ithar
Namamu semulia maksudnya
Walau tak selama mana kita sempat kenal
Ikram Ithar senantiasa kan terpahat di hati

Sebagai seorang Ibu
Rasa sayu dengan pemergianmu
Namun redha dengan ketentuan Ilahi
Merelakan kamu pergi meninggalkan kami
Di Tanah Perkuburan Kg. Gebok
Bersemadilah kamu dengan tenang
Semoga sentiasa berada di samping Ilahi
Doa kami sentiasa mengiringi
Agar kamu ditempatkan di syurga Ilahi


Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tabahkanlah hati keluarga ini
Kuatkanlah semangat mereka
Kasih sayang yang tidak pernah akan pudar
Walau jasadnya tidak lagi dikandung badan

Ya Allah Ya Tuhan kami
Sampaikanlah doa & kasih sayang kami ini
Kepada Anakanda Ikram Ithar di sana
Sesungguhnya daripadaMu kami datang…
KepadaMu jua akan kami kembali…
Bila tiba masanya nanti...



Al-Fatihah…



-LH, 15 Mac 2010:4.41pm, Bangi

Thursday, February 11, 2010

Zawin Irfan Genap Setahun




Irfan setahunnnn!~~




Alhamdulillah... hari ini 11 Februari 2010 Khamis, genap Irfan setahun. Time weekdays plak.. hmm..




Ibu belanja kek. Nyum...nyum... Ibu kata nanti ada surpriseeee untuk Irfan...~






Friday, January 8, 2010

Rumah masuk pencuri

6hb. Jan. 2010. (Rabu) Kira-kira 5.00 petang.

Irfan terkejut jugak dengar Atuk borak ngan Ibu kat phone. Waktu tu Ibu kat rumah di BBB...Irfan masih di Banting, rumah Cik Ani.

Irfan dengar Atuk suruh Ibu bersabar, redha dgn apa yang dah terjadi. Yelah, memula Abah masuk wad, kemudian rumah pulak kena masuk pencuri.

Ibu cerita, waktu Ibu dan Abah sampai je kat rumah, Ibu ternampak tingkap terbuka sikit, Ibu dah rasa lain macam je masa tu. Kemudian bila masuk je rumah, tengok-tengok pintu gril kat belakang dah kena kopak!~ :-(

List barang yang dicuri :

  1. Beg Kiko Irfan (Hadiah dari Cik Fid :-( - Irfan sumpah pencuri tu jadi beg Kiko baru tauuuu!!~)
  2. Tong Gas (nih pun dorang nak curikkk??)
  3. 2 biji Periuk nasi (satu tu hadiah kahwin Ibu)
  4. Jam tangan Bonia Ibu
  5. TV 14" (hadiah daripada Cik Ani masa memula Ibu duk rumah tu sengsorang)
  6. Radio (jugak pemberian Cik Ani kpd Ibu)
  7. Thermal Pot Elba (hadiah kahwin Ibu dan Abah)
  8. Cermin mata Ibu (yg baru la jugak)
  9. Inhaler Abah (nih yang Irfan tak paham niii.. inhaler pun dorang nak kebasss??)
  10. Duit syiling
  11. Beg kerja Abah

Hmm.. mungkin ada benda benda kecik lagi yang dorang kebas tapi Ibu ngan Abah tak perasan... Ibu kata, takde rezeki kita...

7hb. Jan. Ibu ambil cuti lagi nak mengemas rumah. Bersepah jugak la.. Habis baju-baju dalam almari berterabur kat dalam bilik. Alhamdulillah, takde pa pe jadi kat kami sekeluarga.

Petang 7hb. Jan. kawan-kawan Ibu dari office datang menjenguk Ibu kat rumah. Ibu kata dorang datang nak tolong ngemas ngemas pape yg patut...

Thanks yea...

Wednesday, January 6, 2010

Abah masuk wad @ Hospital Banting, 2hb. Januari 2010

Sebelum dan semasa nak masuk tahun 2010 ni, macam-macam yang berlaku...



1 hb. Jan. 2010, Ibu & Abah bawak Irfan ke rumah Cik Ani di Banting, jenjalan je. Cik Ida dah stay ngan Cik Ani masa tu. So, meriahlah rumah Cik Ani.



Abah dah nampak macam tak sihat je sejak nak bertolak tadi. Malam tu Abah dah mula rasa sesak nafas, tidur pun cara duduk bersandar kat kepala katil. Abah kata kat Ibu, kalau esok (Sabtu) sesak lagi, Abah nak gi hospital Banting.




2hb. Jan. 2010 Dah takdirNya, pagi Sabtu lepas sarapan, Ibu bawak Abah gi Unit Kecemasan Hospital Banting. Irfan tinggal kat rumah Cik Ani. Ibu kata Abah terus di beri sejenis gas. Lama jugak Abah kena sedut gas tu. Pegawai Perubatan tu tak puas hati setelah check paru-paru Abah... terus disuruhnya buat X-ray pulak. Paru-paru Abah berkuman banyak. Tekanan darah Abah jugak lemah. Siannye Abah.




Ibu teman Abah sampailah Doktor kata Abah kena masuk wad jugak sebab nak bagi antibiotik yang kuat + nak monitor perkembangan sebab takut kena TB. Petang tu jugak Abah admit Wad 5 Hospital Banting. Abah dah risau sebab hospital tu jauh dari rumah kat Bangi, risau pasal kerja... risau pasal sakit dia lagi... risau takut susahkan Ibu.



Malam hari pertama Abah kat wad, Ibu jaga Abah kat wad. Cik Ida jaga Irfan kat rumah Cik Ani. Syukur Alhamdulillah, rumah Cik Ani ngan Hospital Banting tu tak jauh. Senang Ibu nak ulang alik.




Hari Isnin Ibu gi kerja dari Banting. Petangnya Ibu balik semula ke Banting, tapi Ibu ada singgah rumah ambil barang - barang yang patut untuk Abah.



Alhamdulillah, kesihatan Abah bertambah baik. Irfan ada jugak jenguk-jenguk Abah time Cik Ani, Cik Jai ngan Cik Ida datang melawat Abah.



5hb. Jan. 2010 Abah dah boleh keluar wad. Ibu masih bercuti. Masih di rumah Cik Ani. Nenek ngan Atuk datang dari kampung. Esoknya, 6hb. Ibu & Abah pulang ke rumah di Bangi, sementara Irfan nenek jaga di rumah Cik Ani. Atuk kata biarlah Irfan rehat-rehat kat rumah Cik Ani sementara Abah belum nak baik sepenuhnya.




Alhamdulillah, lega hati Irfan. Abah kurus je tengok..




Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru @ Happy New Year 2010

Assalamualaikum WBT.. Selamat untuk semua...
 
Irfan doakan semoga segala (dugaan & cabaran) yang akan datang tak kiralah kepada sesiapa jua.. akan dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran & cemerlang.. InsyaAllah.
 
 
Untuk Ibu, Irfan doakan semoga Ibu berjaya dalam kerjaya Ibu plus semoga segala impian Ibu akan tercapai.. (Irfan dengar Ibu plan nak amik periksa PTK.. nak naik pangkat etc.. ). 
 
Irfan membesar sampai hari ini pun sebab usaha Ibu&Abah dan semangat Irfan ni kuat selagi nyawa dikandung badan (ecehh!~).
 
Untuk Abah, Irfan doakan juga semoga Abah terus kuat berusaha untuk kerjaya Abah tak kiralah kerja apa yang ada, janji HALAL.. hehe. Irfan tahu Abah rajin kerja. Selagi boleh OT, Abah akan OT. Tak caya cuba tanya Ibu. :-p Ibu ada jugak cakap dengan Abah, OT pun OT jugak.. kesihatan kena jugak jaga. Betul... betul... betul...
 
 
Untuk Atuk, Nenek, Cik Ana & Family, Cik Ani & Family, Cik Alan & Family, Cik Ida ... I luv you All...!!~
 
p.s. Cik Ida, congrats sebab berjaya 'keluar dari sarang'.. muehehehehe.. Alhamdulillah.
 

Akhir sekali, selamat menyambut tahun baru twenty ten...