"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Friday, September 16, 2011

Kembali

Assalamualaikum... :) lama betul Irfan menyepi.. bukan apa, cuma takde masa nak bersama blog, sibuk main, meng'explore' benda baru (Irfan skarang berumur 2 tahun 7 bulan), dah pandai cakap dan mengacau orang.. ehehehe.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Irfan nak ucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam yang meraikannya. Dan, yang paling Irfan gembira sangat sangat ialah baru-baru ni, kalau tak silap pada 10 Ogos 2011 (semasa umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa, hari ke 10) Ibu telah selamat melahirkan seorang bayi yang comel dan seorang adik lelaki untuk Irfan. Lepas ni, sibuk lagi la Irfan nak main-main dengan adik pulak. Yeayyy!!!~

Tapi, yang pastinya nama adik nak dekat-dekat sama dengan Irfan.. (maklumlah adik beradik.. hehehe). Nama adik, Muhammad Zawin IhsanulHayat. Ibu panggil "Ihsan", Irfan panggil "Ishan". :)

No comments:

Post a Comment