"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Wednesday, January 6, 2010

Abah masuk wad @ Hospital Banting, 2hb. Januari 2010

Sebelum dan semasa nak masuk tahun 2010 ni, macam-macam yang berlaku...



1 hb. Jan. 2010, Ibu & Abah bawak Irfan ke rumah Cik Ani di Banting, jenjalan je. Cik Ida dah stay ngan Cik Ani masa tu. So, meriahlah rumah Cik Ani.



Abah dah nampak macam tak sihat je sejak nak bertolak tadi. Malam tu Abah dah mula rasa sesak nafas, tidur pun cara duduk bersandar kat kepala katil. Abah kata kat Ibu, kalau esok (Sabtu) sesak lagi, Abah nak gi hospital Banting.




2hb. Jan. 2010 Dah takdirNya, pagi Sabtu lepas sarapan, Ibu bawak Abah gi Unit Kecemasan Hospital Banting. Irfan tinggal kat rumah Cik Ani. Ibu kata Abah terus di beri sejenis gas. Lama jugak Abah kena sedut gas tu. Pegawai Perubatan tu tak puas hati setelah check paru-paru Abah... terus disuruhnya buat X-ray pulak. Paru-paru Abah berkuman banyak. Tekanan darah Abah jugak lemah. Siannye Abah.




Ibu teman Abah sampailah Doktor kata Abah kena masuk wad jugak sebab nak bagi antibiotik yang kuat + nak monitor perkembangan sebab takut kena TB. Petang tu jugak Abah admit Wad 5 Hospital Banting. Abah dah risau sebab hospital tu jauh dari rumah kat Bangi, risau pasal kerja... risau pasal sakit dia lagi... risau takut susahkan Ibu.



Malam hari pertama Abah kat wad, Ibu jaga Abah kat wad. Cik Ida jaga Irfan kat rumah Cik Ani. Syukur Alhamdulillah, rumah Cik Ani ngan Hospital Banting tu tak jauh. Senang Ibu nak ulang alik.




Hari Isnin Ibu gi kerja dari Banting. Petangnya Ibu balik semula ke Banting, tapi Ibu ada singgah rumah ambil barang - barang yang patut untuk Abah.



Alhamdulillah, kesihatan Abah bertambah baik. Irfan ada jugak jenguk-jenguk Abah time Cik Ani, Cik Jai ngan Cik Ida datang melawat Abah.



5hb. Jan. 2010 Abah dah boleh keluar wad. Ibu masih bercuti. Masih di rumah Cik Ani. Nenek ngan Atuk datang dari kampung. Esoknya, 6hb. Ibu & Abah pulang ke rumah di Bangi, sementara Irfan nenek jaga di rumah Cik Ani. Atuk kata biarlah Irfan rehat-rehat kat rumah Cik Ani sementara Abah belum nak baik sepenuhnya.




Alhamdulillah, lega hati Irfan. Abah kurus je tengok..




No comments:

Post a Comment