


Irfan sedih dengan berita yang Irfan dengar dari Ibu... tak sempat Irfan kenal dan main bersama namun Abang Ikram Ithar terlebih dahulu dijemput menemui Yang Maha Pencipta. Ibu kata Allah lebih menyayanginya..Ibu Irfan ada tulis ni :Anakanda Ikram Ithar
27 Oktober 2008 – 13 Mac 2010
Kira-kira 1 tahun 4 bulan
Beza beberapa bulan
Dengan Zawin Irfan yang baru 1 tahun 1 bulan
Anak seusiamuRancak bermain, rancak belajar
Namun, Allah lebih menyayangimu
Dijemput kamu terlebih dahulu
Anak yang comelRanjau hidupmu buat keluargamu tabah
Kuat menghadapinya
Ketabahan itu menguatkan lagi semangat
Untuk berusaha sedaya mereka
Namun,
mereka cuma ada masa yang itu sahaja
kira-kira 1 tahun 4 bulan… masa yang dipinjamkan…
Anakanda Ikram Ithar
Namamu semulia maksudnya
Walau tak selama mana kita sempat kenal
Ikram Ithar senantiasa kan terpahat di hati
Sebagai seorang Ibu
Rasa sayu dengan pemergianmu
Namun redha dengan ketentuan Ilahi
Merelakan kamu pergi meninggalkan kami
Di Tanah Perkuburan Kg. Gebok
Bersemadilah kamu dengan tenang
Semoga sentiasa berada di samping Ilahi
Doa kami sentiasa mengiringi
Agar kamu ditempatkan di syurga Ilahi
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Tabahkanlah hati keluarga ini
Kuatkanlah semangat mereka
Kasih sayang yang tidak pernah akan pudar
Walau jasadnya tidak lagi dikandung badan
Ya Allah Ya Tuhan kami
Sampaikanlah doa & kasih sayang kami ini
Kepada Anakanda Ikram Ithar di sana
Sesungguhnya daripadaMu kami datang…
KepadaMu jua akan kami kembali…
Bila tiba masanya nanti...
Al-Fatihah…
-LH, 15 Mac 2010:4.41pm, Bangi
Sebelum dan semasa nak masuk tahun 2010 ni, macam-macam yang berlaku...
1 hb. Jan. 2010, Ibu & Abah bawak Irfan ke rumah Cik Ani di Banting, jenjalan je. Cik Ida dah stay ngan Cik Ani masa tu. So, meriahlah rumah Cik Ani.
2hb. Jan. 2010 Dah takdirNya, pagi Sabtu lepas sarapan, Ibu bawak Abah gi Unit Kecemasan Hospital Banting. Irfan tinggal kat rumah Cik Ani. Ibu kata Abah terus di beri sejenis gas. Lama jugak Abah kena sedut gas tu. Pegawai Perubatan tu tak puas hati setelah check paru-paru Abah... terus disuruhnya buat X-ray pulak. Paru-paru Abah berkuman banyak. Tekanan darah Abah jugak lemah. Siannye Abah.
Ibu teman Abah sampailah Doktor kata Abah kena masuk wad jugak sebab nak bagi antibiotik yang kuat + nak monitor perkembangan sebab takut kena TB. Petang tu jugak Abah admit Wad 5 Hospital Banting. Abah dah risau sebab hospital tu jauh dari rumah kat Bangi, risau pasal kerja... risau pasal sakit dia lagi... risau takut susahkan Ibu.
Malam hari pertama Abah kat wad, Ibu jaga Abah kat wad. Cik Ida jaga Irfan kat rumah Cik Ani. Syukur Alhamdulillah, rumah Cik Ani ngan Hospital Banting tu tak jauh. Senang Ibu nak ulang alik.
Hari Isnin Ibu gi kerja dari Banting. Petangnya Ibu balik semula ke Banting, tapi Ibu ada singgah rumah ambil barang - barang yang patut untuk Abah.
Alhamdulillah, kesihatan Abah bertambah baik. Irfan ada jugak jenguk-jenguk Abah time Cik Ani, Cik Jai ngan Cik Ida datang melawat Abah.
5hb. Jan. 2010 Abah dah boleh keluar wad. Ibu masih bercuti. Masih di rumah Cik Ani. Nenek ngan Atuk datang dari kampung. Esoknya, 6hb. Ibu & Abah pulang ke rumah di Bangi, sementara Irfan nenek jaga di rumah Cik Ani. Atuk kata biarlah Irfan rehat-rehat kat rumah Cik Ani sementara Abah belum nak baik sepenuhnya.
Alhamdulillah, lega hati Irfan. Abah kurus je tengok..
Assalamualaikum WBT.. Selamat untuk semua...
Irfan doakan semoga segala (dugaan & cabaran) yang akan datang tak kiralah kepada sesiapa jua.. akan dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran & cemerlang.. InsyaAllah.
Untuk Ibu, Irfan doakan semoga Ibu berjaya dalam kerjaya Ibu plus semoga segala impian Ibu akan tercapai.. (Irfan dengar Ibu plan nak amik periksa PTK.. nak naik pangkat etc.. ).
Irfan membesar sampai hari ini pun sebab usaha Ibu&Abah dan semangat Irfan ni kuat selagi nyawa dikandung badan (ecehh!~).
Untuk Abah, Irfan doakan juga semoga Abah terus kuat berusaha untuk kerjaya Abah tak kiralah kerja apa yang ada, janji HALAL.. hehe. Irfan tahu Abah rajin kerja. Selagi boleh OT, Abah akan OT. Tak caya cuba tanya Ibu. :-p Ibu ada jugak cakap dengan Abah, OT pun OT jugak.. kesihatan kena jugak jaga. Betul... betul... betul...
Untuk Atuk, Nenek, Cik Ana & Family, Cik Ani & Family, Cik Alan & Family, Cik Ida ... I luv you All...!!~
p.s. Cik Ida, congrats sebab berjaya 'keluar dari sarang'.. muehehehehe.. Alhamdulillah.