"pok amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk Ipan pandai, malam karang upah susu..." - Irfan, BBB

Tuesday, December 15, 2009

Irfan di Wad 7B, Hospital Kajang

Catatan Ibu Irfan. 


13 Disember 2009 - Ahad. Lokasi : Wad 7B, Hospital Kajang.
Hari ni Irfan admit Wad...


Cik Ani, Cik Ida, Kak Long bersama-sama Ibu Irfan & Irfan ke Hospital Kajang selepas singgah sekejap ke kenduri berkhatan Abg Aiman di rumah Cik Ana. Sampai di hospital kira-kira jam 2.15 petang. 


Lepas daftar masuk wad, Cik Ani, Cik Ida dan Kak Long balik semula ke Bangi, rumah Cik Ana. Tinggallah Irfan dan Ibu. Sesak jugak wad tu masa Irfan masuk. Tapi Irfan tak ingat apa dah kecuali susu dan tito.. :-P

  
Nyenyak Irfan tido..
 
Ibu kemas-kemaskan beg dan barang-barang yang dibawa. Irfan tito nyenyak walaupun takde aircond. Kipas tu laju giler.. pening pale Irfan sbb duk betul betul bawah kipas. hihihi~

Waktu siang ni takde ape yg doktor buat kecuali ambil suhu badan & tekanan darah Irfan. Time makan malam pukul 6.30 petang, Ibu suapkan Irfan bubur nasi+carrot+ayam, nyammm nyammm Irfan makan banyak.. sedap..~

Malamnye, doktor datang round katil ke katil. Doktor pesan kat Ibu yang Irfan kena dipuasakan start dari 3.00 pagi sampai selesai MRI di Hospital Serdang. DAN Irfan kena dicucuk jarum untuk masukkan air malam tu.


 

Irfan tito nyenyak lepas nangis kuat sebab menahan sakit dicucuk jarum kat kaki kiri.


Ibu disuruh tunggu kat luar bilik rawatan kat wad tu sebab Doktor nak buh jarum kat Irfan. Allah saja yang tahu betapa sakitnya waktu Doktor nak mencari tempat nak dicucuk jarum. Lepas kat tgn kanan, dicuba kat tgn kiri, kemudian tak dapat carik.. dicubanya kat kaki kanan, tak dapat jugakk.. kemudian baru dapat kat kaki kiri. Mak Aih, Irfan tak fikir ape dah kecuali menangis sekuat hati ni... isk isk mesti Ibu pun nangis dengar Irfan teriak tu..


Alhamdulillah, Irfan ok je, cuma muntah sikit.. Doktor suruh Ibu masuk untuk ambil Irfan, Irfan tengok mata Ibu merah.


Lupa pulak nak cerita, Abah takde sbb balik kg Dungun, Tok sakit, tak sedarkan diri.. Abah gi ngan Cik Zana ngn Cik Jue malam 12hb Disember tu (hari Sabtu). Dorang jemput Abah kat rumah. Irfan ada terdengar Abah kata kat Ibu, jaga Irfan baik-baik. sedih je... :-(
Kat sini Irfan sertakan sekali gambar-gambar masa kat Wad 7B tu. tak banyak pun...
Kaki Irfan berbalut...

Jam 1.30 pagi, last Irfan dapat minum susu sebab lepas jam 3.00 pagi dah kena berpuasa.
Thanks to Cik Ani, Cik Ida, Kak Long sebab tolong hantarkan Irfan ngan Ibu ke Hospital Kajang. Terharu Ibu tau...

Abah melawat Tok di Dungun, Terengganu


Lebih kurang jam 10.30 malam, 12hb Disember, Abah dan Cik Zana ngn Cik Jue bertolak ke Dungun menaiki Viva dipandu oleh Cik Zana. Terkejut juga Abah bila dapat sms mengatakan Tok pengsan, tak sedarkan diri dari petang. Skarang berada di rumah Cik Dah, kakak ipar Abah yang duk berdekatan ngan rumah Tok.



Irfan dapat tengok riak wajah Abah, risau + sedih + bimbang.



Irfan tumpang sedih juga...

Tuesday, December 8, 2009

Gambar-gambar (1)


Gambar-gambar sekitar perhimpunan halal itu... jeng jeng jeng...


Rumah Atuk Ajam waktu malam.


Irfan dgn Cik Ida, Ibu, Kak Long, Kak Mija & Cik Jue

beramai-ramai....Irfan dengan Ibu waktu senaman pagi

Monday, December 7, 2009

Perhimpunan Bani Hashim

Seronok... ramai yg dukung Irfan esp. auntie-auntie, nenek-nenek yg kiut dan comel...
Irfan banyak tido je time perjumpaan ni...
gegege...

Thursday, December 3, 2009

Demam Urat

Pagi tadi masa Ibu hantar Irfan kat umah Cik Sue, Irfan terdengar Cik Sue cerita... yg Irfan mungkin kena demam urat. Cik Sue kata kena bawak gi urut.. kat kg Cik Sue ada sorang je yg boleh urut.. hmm...

Mesti Ibu tengah pening fikir pasal demam urat.. ishk bunyik macam demam ngurat jekk.. gegegege

Tuesday, December 1, 2009

MRI

MRI brain scan tu Ibu cakap kena tunda plak ke 13 dan 14 Dis. Irfan baru baik demam nih.. Alhamdulillah, tapi Irfan batuk+kahak lagi.

Monday, November 23, 2009

Ipan nak kena masuk wad nanti...

Ipan baru balik dari Hospital Kajang ada appointment dgn Paedriatik.
Doc. bagi Ipan sedut gas (tatau la ape nama ubat yg Ipan sedut tu) sebab Ipan batuk + kahak..

Nanti Ipan kena admit ward Hospital Kajang, 7hb. Dis. ni..
8hb. plak dorang antar ke Hospital Serdang untuk buat MRI (Magnetic Resonance Imaging) Brain Scan..
Ibu pun ikut skali..

Doakan Ipan takde masalah pa pe yea sumer.. Amin..

Nanti Ipan update keputusan MRI tu